Perihal KASBA
Kampung Semariang Batu merupakan kampung yang sedang pesat membangun dengan kelengkapan infrastruktur moden dan terletak di koordinat geografi 1° 36' 0'' Utara, 110° 19' 45'' Timur di Kuching, Sarawak Malaysia.

Sunday, January 28, 2024

1. Mesyuarat Pembentukan Biro Biro JKKK


Mesyuarat 01/2024 JKKK KASBA telah diadakan pada 26hb Jan 2024 diperkarangan Masjid Nurul Khair Kampung Semariang Batu yang dihadiri oleh Penghulu Hj Mahidi, Pengerusi Pengerusi Biro JKKK, Pengerusi Masjid Nurul Khair, Ketua Ranting, Ketua Pemuda, Pengerusi Koperasi KASBA, Pengerusi Pertubuhan Nelayan, Ketua Saberkas, Ketua Wanita dan Badan NGO NGO KASBA.

Dalam ucapan ringkas, Pengerusi JKKK mengalu alukan kehadiran dan berterimakasih kepada hadirin yang hadir dan memperkenalkan dirinya, barisan AJK dan hala tuju JKKK untuk sesi 2024~2025. Setelah pembentukan Biro biro JKKK, beliau mengharapkan kerjasama yang erat dari badan badan NGO Kampung Semariang Batu untuk bersama mengembleng tenaga, masa dan komitmen untuk pembangunan di Kampung Semariang Batu.

Dalam sesi ucapan penutup, Pengerusi JKKK merakamkan jutaan terimakasih kepada Pengerusi MNK (Masjid Nurul Khair) dan AJK MNK kerana membenarkan salah satu ruang pejabat di Masjid Nurul Khair dijadikan pusat pentadbiran JKKK. Beliau turut berterimakasih kepada hadirin yang hadir atas kerjasama yang menghasilkan mesyuarat berjalankan dengan lancar dan sumbangan video dari Ketua Pemuda Ranting A.