Sesi Santai Bersama Rakyat semalam iaitu pada 8hb Nov 2021, diawali dengan bacaan doa oleh Saudara Hafiz Hj Hamdin dan disusuli kata kata aluan oleh Encik Hasbi Bin Ajis selaku Ketua Ranting PBB-GPS Kampung Samariang Batu.
Dalam ucapan ringkas dan padat YAB Datuk Sharifah Hasidah semalam menyatakan penghargaan kepada penduduk Kampung Samariang Batu dibawah pentadbiran Hj. Mahidi Bin Pihak atas segala usaha usaha dan plan tindakan untuk kemajuan kampung. Beliau turut memberi sokongan berterusan terhadap kemajuan kampung, selagi diberi mandat oleh penduduk kampung kampung yang berada di kawasan DUN 07.
Majlis semalam turut disertai dengan penyerahaan sumbangan daripada YAB kepada Ketua Ranting PBB-GPS untuk aktiviti-aktiviti Kejiranan Mesra Kampung Samariang Batu sebelum sesi jamuan ringan.