Perihal KASBA
Kampung Semariang Batu merupakan kampung yang sedang pesat membangun dengan kelengkapan infrastruktur moden dan terletak di koordinat geografi 1° 36' 0'' Utara, 110° 19' 45'' Timur di Kuching, Sarawak Malaysia.

Friday, May 13, 2022

Program Gotong Royong Kebersihan


Berikutan dengan keadaan sampah sarap yang meresahkan penduduk di Lorong 14 Kampung Semariang Batu, satu program gotong royong telah dilaksanakan dilorong tersebut hasil dari kemuafakatan JKKK Dan KRT KASBA pada 11hb Mei 2022.......Klik untuk ulasan seterusnya

Monday, April 4, 2022

3. JKKK ~ Sidang Mesyuarat Kali ke-3

Mesyuarat kali ke-3 JKKK KASBA telah berlansung pada hari Khamis 31hb March 2022, jam 09:00 malam bertempat di kediaman KK KASBA.

Muqaddimah mesyuarat dari Pengerusi selaku KK Hj Suut Bin Hj Rambili mengalu-alukan kedatangan AJK-AJK dan mengemas-kini isu semasa yang beliau terima dari Pejabat Daerah, dan teguran yang membina untuk AJK Sesi 2022-
23 untuk terus melangkah kehadapan.

Setelah pengesahan minit mesyuarat yang bersiri MM/JKKK/KASBA-002, maka perbincangan Mesyuarat 03 dimulakan oleh Setiausaha dengan pengenalan Ketua Zon 1 yang baru iaitu Hj Tada dan disusuli dengan usul penubuhan biro tambahan iaitu Biro Audit Dalaman/Penerangan dan Biro Tugas-Tugas Khas.

Manakala agenda mesyuarat ke-3 adalah Isu Sampah, Tong Sampah dan sikap Warga di Zon 8, isu tanah di zon 7 Sungei Manok, aktiviti~aktiviti Kemasyarakatan JKKK di bulan Ramadan dan Persediaan Hari Raya untuk ASNAF dan perkara-perkara lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:30 malam dan akan mengadakan mesyuarat pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.